Garis panduan Penternakan burung walit

Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Layang-layang Gua ini terbang dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di penyidai dan sebagainya.

Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.

Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.

Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan Pulau Pinang.[1]